Masih
mahu mandi di sungai
tapi
sungai sudah tiada
kalau
adapun...mengalir umpama "hidup segan mati tak mahu"
ikan
pun takut mahu berenang
nanti
"kapus-kapus" tidak bernafas_air cetek.
Masih
mahu main lelayang
tapi
padang sudah tiada
kalau
adapun semakin kecil
bangunan
konkrit tumbuh melata
meragut
jantung...peparu alam!
FB,
Twitter menyelinap masuk
SMS
lagi la...selalu mengintai
di
laman maya kita bersembang.
Masih
mahu makan ubi kayu
tapi
bukan pengalas perut
sekadar
"snek" tika menonton
masih
makan ikan bilis
tapi
yang kurus-kurus
dibuat
sambal_sedap kalau kena gaya.
Masih
diutus surat
tapi
banyak surat tidak diundang
bil
astro
bil
streamyx
bil
broadband
segala
macam bil_bagus kalau tiada.
Masih
menonton di layar lebar
tapi
harus ke kota
harus
ada fulusnya
lagipun
jarang sudah dapat berkumpul
kekadang
abang di KK, kakak di KL, adik di Korea
kekadang
cucu di London, piut di US, miut di Itali
jarang
sudah dapat berkumpul_rindu macam dulu-dulu.
Masih
menonton TV
kekadang
TV besar bak gajah
tapi
kadang tengok seorang
Datuk
tengok ulangan Do Re Me
Nenek
layan Puteri Terbuang
Bapa
tengok MU vs Chelsea
Ibu
layan astro Pelangi
Adik
tengok Oh My English
Kakak
layan Barbie
Abang
tengok Iron Man
Kan...Bagus
juga ada Akademi Fantasia
menyatu
mesra keluarga di malam Ahad.
Ibu
masih berpesan
tapi
melodi sudah berubah
...jangan
lama-lama main FB
...jangan
lama-lama main game
...jangan
lama-lama berSMS
...lepas
ni belajar!!!
walau
ibu garang menyinga
kekadang
saja si anak akur
ibu
sedih bukan kepalang.
Apapun,
semuanya berbalik kepada kita
semuanya
harus sesuai zaman
kerana...
impian
kita tetap sama_Keluarga Bahagia
terlebih
terkurang
mohon
diampun.
HCT:
Jurainih Unsang_Ranau:11.46am 23092012