KOLEKSI SOALAN NOVEL SPM
TAHUN 2001
4a Pada pendapat anda, wajarkah pengarang mengakhiri cerita seperti
yang terdapat dalam novel yang anda pelajar ?
Jawapan:
Berdasarkan novel “Melunas
Rindu” saya berpendapat, pengarang wajar
mengakhiri cerita itu seperti yang saya
pelajari kerana novel berkenaan berakhir dengan kegembiraan apabila Fuad dapat
bertemu semua dengan ibu kandungnya, Mariana. Kegembiraan Fuad ini bermula
apabila dia ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk melawat ibu Farhana
yang sakit. Dia mendapati nama ibu Farhana iaitu Mariana binti Osman yang
tercatat pada fail pesakit sama seperti nama ibunya. Kehadiran bapa Fuad iaitu
Robert Lim yang menyusuli Fuad ke hospital berkenaan untuk menyerahkan sebentuk
cincin yang boleh membantu Fuad mencari ibunya telah mengesahkan bahawa ibu
Farhana itu ialah ibu kandung Fuad juga.
Selain itu, pengakhiran novel
itu juga telah berjaya menyatukan semua ahli keluarga yang telah lama terpisah
iaitu Fuad telah dapat bertemu semua dengan, ibunya Mariana, sementara Mariana
bertemu semua dengan bekas suaminya, Roslan (Robert Lim). Sementara itu ketika
Robert Lim bertemu Fuad, Mariana, Pak
Ismail dan Mak Salmah yang akan berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah,
dia telah menyatakan kepada Fuad bahawa dia akan menyusul kemudian ke sana,
seolah-olah pernyataan hati Robert Lim untuk kembali semua kepada agama Islam.
4b Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam dua buah novel yang telah
anda pelajari itu.
Jawapan:
Persoalan yang terdapat dalam
novel “Melunas Rindu” ialah pertama, persoalan tentang kasih sayang sesama ahli
keluarga misalnya, Fuad reda menerima ketentuan bahawa Farhana ialah adik
seibunya walaupun sebelum ini dia ada menaruh hati terhadap Farhana. Akibat
ketentuan takdir itu, Fuad mulai belajar untuk menyayangi Farhana sebagai
adiknya. Kedua, persoalan tentang tanggungjawab sebagai seorang anak misalnya,
Fuad tetap bertanggungjawab untuk membiayai persekolahan adik-adik angkatnya
bagi mengambil alih tanggungjawab bapa angkatnya Peter Lim yang uzur, walaupun
kini dia telah kembali kepada agama Islam.
Perbezaan agama tidak menghalang Fuad daripada memikul tanggungjawab
sebagai seorang anak walaupun berstatus anak angkat.
Persoalan yang terdapat dalam
novel “Kabus Di Perbukitan” ialah persoalan kasih sayang antara ahli keluarga misalnya, Faridah sangat
sayang dan merindui saudara kembarnya, Rahayu yang telah terpisah sejah kecil
akibat perceraian anatara ibu dan bapanya. Mereka sangat merindu antara satu
sama lain dan hanya bertemu di alam bawah sedar semasa Faridah terbabit dalam
kemalangan sementara Rahayu terlantar sakit di hospital akibat kanser. Kedua,
persoalan tentang tanggungjawab sesama umat Islam, misalnya Soleh Johnsons
sentiasa memastikan proses penyembelihan haiwan di ladang ternakannya mengikut
syariat Islam demi memastikan umat Islam di negaranya memperoleh bekalan daging
yang halal.
TAHUN 2002
4a Unsur kejutan ialah unsur penceritaan yang menimbulkan situasi yang
tidak disangka-sangka sama ada oleh watak dalam sesebuah cerita mahupun
pembaca.
Huraikan dua contoh peristiwa yang menggunakan unsur kejutan dan
nyatakan sebab peristiwa berkenaan mengejutkan.
Jawapan:
Dua contoh unsur kejutan dalam
novel “Melunas Rindu” ialah pertama peristiwa pertemuan antara Fuad dengan ibu
kandungnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan secara kebetulan ketika dia
mengunjungi ibu Farhana di sana sangat mengejutkan Fuad dan Farhana. Hal ini mengejutkan disebabkan, Fuad tidak
menyangka bahawa ibu Farhana itu sebenarnya ibu kandungnya juga. Hal ini disahkan sendiri oleh bapa Fuad iaitu
Robert Lim yang kebetulan mahu menemui Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin
yang mungkin boleh membantu Fuad mencari ibunya.
Kedua, peristiwa kehadiran bapa
Fuad, Roberti Lim di lapangan terbang ketika Fuad, ibunya Mariana, Pak Ismail
dan Mak Salmah hendak berangkat mengerjakan umrah di Makkah mengejutkan Fuad.
Hal ini mengejutkan Fuad kerana dia tidak menyangka bapanya akan datang malah
Fuad lebih terkejut apabila bapanya menyatakan bahawa dia akan menyusul ke
Makkah juga seolah-olah bapanya mahu kembali kepada agama Islam.
4b Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam dua buah novel yang
telah anda pelajari itu.
Jawapan:
Dua nilai murni yang terdapat
dalam novel “Melunas Rindu” ialah nilai
kasih sayang sesama ahli keluarga misalnya, Fuad reda menerima ketentuan bahawa
Farhana ialah adik seibunya walaupun sebelum ini dia ada menaruh hati terhadap
Farhana. Akibat ketentuan takdir itu, Fuad mulai belajar untuk menyayangi
Farhana sebagai adiknya. Kedua, nilai tanggungjawab sebagai seorang anak
misalnya, Fuad tetap bertanggungjawab untuk membiayai persekolahan adik-adik
angkatnya bagi mengambil alih tanggungjawab bapa angkatnya Peter Lim yang uzur,
walaupun kini dia telah kembali kepada agama Islam. Perbezaan agama tidak menghalang Fuad daripada
memikul tanggungjawab sebagai seorang anak walaupun berstatus anak angkat.
Dua nilai yang terdapat dalam
novel “Kabus Di Perbukitan” ialah nilai kasih sayang antara ahli keluarga misalnya, Faridah sangat
sayang dan merindui saudara kembarnya, Rahayu yang telah terpisah sejak kecil
akibat perceraian anatara ibu dan bapanya. Mereka sangat merindu antara satu
sama lain dan hanya bertemu di alam bawah sedar semasa Faridah terbabit dalam
kemalangan sementara Rahayu terlantar sakit di hospital akibat kanser. Kedua,
nilai tanggungjawab sesama umat Islam, misalnya Soleh Johnsons sentiasa
memastikan proses penyembelihan haiwan di ladang ternakannya mengikut syariat
Islam demi memastikan umat Islam di negaranya memperoleh bekalan daging yang
halal.
TAHUN 2002
4a Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.
Jawapan:
JIKA PILIH MELUNAS RINDU
Tema yang terdapat dalam novel
“Melunas Rindu” ialah kegigihan dan ketabahan seorang pemuda untuk mencari asal
usul dirinya. Buktinya Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari
ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa
saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan
telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat
mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya
yang seterusnya melunasi rindunya. Kasih sayang Fuad terhadap ibu kandungnya.
Fuad berusaha mencari ibunya yang tidak pernah ditemui sejak 25 tahun lalu
kerana terlalu menyayanginya.
JIKA PILIH KABUS DI PERBUKITAN
Novel Kabus
Di Perbukitan pula mengemukakan tema jati diri dan kasih sayang seorang wanita
terhadap ahli keluarganya dan juga tanah airnya. Sebagai contohnya, Faridah
sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak
berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang. Bukti lain, Faridah
juga sangat sayang kepada Rahayu, adik kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih
sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar
dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan koma. Seterusnya, kasih
sayang terhadap kampung halaman dan jati dirinya sebagai orang Melayu.
Buktinya, Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar walaupun berada
jauh di negeri orang.
Malah Faridah
juga tetap mengamalkan budaya Melayu ketika berada di New Zealand. Jati diri bangsa bangsa Melayu dan kekuatan pegangan agama menjadikan
seorang wanita Melayu berupaya menghadapi cubaan hidup dengan tenang tanpa
terkikis nilai wanita Melayu dan penganut agama yang setia. Kekuatan diri
membentuknya menjadi wanita glokal yang masih sedar akan asal usul diri.Sebagai
contoh, Faridah yang bermaustatin di
Rosewood , New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia
walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewoo, Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu
kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne, Faridah masih
mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah, Faridah masih kuat
berpegang pada agama Islam yang menjadi pegangan kuat bangsa Melayu, Faridah
dan Soleh Johnsons menerapkan ajaran Islam kepada anak-anak mereka iaitu
larangan meminum arak dan mereka menghantar anak-anak mereka Anne dan Melina
belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia enam tahun di Christchurch yang
terletak 30 km dari rumah mereka di Rosewood
4b Huraikan dua latar masyarakat
dalam dua buah novel yang telah anda pelajari
Jawapan:
Dua latar masyarakat yang
terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah masyarakat yang tabah menghadapi
cabaran hidup misalnya, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah
terhadapnya selama beberapa bulan dia tinggal bersama-sama Pak Ismail dan Mak
Salmah. Mak Salmah itu beranggapan bahawa Fuadlah punca kematian Sofia, iaitu
anaknya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa bersabar
dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah. Kedua, masyarakat yang
mentaati perintah agama misalnya, selepas kembali kepada agama asal
keluarganya, Fuad tekun mengerjakan solat termasuklah bersolat berjemaah di
surau dan tekun mempelajari al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.
Dua latar masyakarat yang
terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah masyarakat yang tabah menerima
ketentuan takdir dengan reda misalnya, Faridah reda menerima ketentuan takdir
bahawa dia akan kehilangan insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang
berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan saudara
kembarnya yang sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana
penyakit barah. Kemudian, ibunya pula meninggal dunia kerana menderita akibat
kematian Rahayu. Kemudian, suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya. Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama misalnya,
Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agalam
Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong
usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia
juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam
agar umta Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.
TAHUN 2003
4a Plot merupakan aspek penting dalam pembinaan sebuah novel.
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan klimaks novel berkenaan.
Jawapan:
Berdasarkan novel “Melunas Rindu” plot yang menjadi klimaks novel ini
ialah melalui peristiwa apabila Fuad mendapati ibu Farhana merupakan ibu
kandungnya. Ketika dia melawat ibu Farhana yang terlantar di hospital dia
mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya iaitu Mariana binti Osman.
Hal ini disahkan sendiri oleh bapa Fuad, Robert Lim yang secara kebetulan ke
hospital mencari Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin iaitu cincin
perkahwinannya dengan ibu Fuad yang dirasakannya dapat membantu Fuad mencari
ibu kandungnya. Peristiwa itu menjadi klimaks novel “Melunas Rindu” kerana
telah menamatkan pencarian Fuad selama ini iaitu untuk mengenali ibu kandungnya
yang telah terpisah sejak dia kecil.
4b Huraikan dua latar tempat berdasarkan dua buah novel yang telah anda
pelajari.
Jawapan:
Dua latar tempat yang terdapat
dalam novel “Melunas Rindu” ialah Klinik Ihsan yang terletak di bandar Kuala
Terengganu. Fuad telah membawa anak Borhan yang demam panas untuk dirawat. Fuad
sanggup menyewa sebuah kereta dan pergi ke klinik tersebut pada waktu malam
demi membantu rakannya itu. Kedua, Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan.
Latar tempai ini sangat penting kerana di sinilah Fuad telah bertemu dengan ibu
kandungnya yang dicari-carinya sekian lama. Secara kebetulan dia ingin melawat
ibu Farhana yang dirawat di situ. Rupa-rupanya ibu Farhana itu ialah ibu
kandungnnya juga.
Dua latar tempat yang terdapat
dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah Cameron Highlands iaitu di sinilah
berlakunya pertemuan semula Datuk Azrul dengan kembar bekas teman istimewanya,
Rahayu iaitu Faridah. Faridah memperkenalkan dirinya ketika Datuk Azrul dan
Datin Aishah pergi ke banglo percutian keluarga Anne untuk membincangkan tentang perkahwinan Zain dan Anne. Kedua, di
Dubai iaitu Soleh Johnsons dan Melina tiba di Dubai International Airport untuk
bertemu dengan Benny di Empire Tower Hotel. Benny bercadang untuk mendapatkan
rumah berhampiran pantai seperti di Marang dan mencadangkan agar Melina
melahirkan anak di Dubai.
TAHUN 2003
4a Kegigihan merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel
yang telah anda pelajari. Jelaskan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan
tersebut berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.
Jawapan:
Dua contoh persoalan kegigihan
yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, persoalan kegigihan
warga guru mendidik anak bangsa, misalnya, Farhana dan Fuad gigih mendidik
murid-murid Sekolah Menengah Seri Setia yang sangat lemah dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris dengan mengatur pelbagai program seperti kelas tambahan untuk
membantu mereka. Hasilnya, murid-murid semakin menunjukkan minat untuk
mempelajari bahasa Inggeris. Kedua, persoalan kegigihan seorang anak untuk mencari
ibu kandungnya, misalnya, Fuad begitu gigih mengesan lokasi kubur ibu
kandungnya yang dikatakan telah meninggal dunia di Lembah Klau dengan bantuan
Pak Said dan Pak Ngah Lias. Fuad sangat rindu akan ibunya kerana telah terpisah
sejak kecil lagi. Harapan Fuad untuk menemui ibunya hidup-hidup agak cerah
apabila dimaklumkan oleh Pak Ngah Lias bahawa ibunya belum meninggal dunia.
4b Huraikan dua perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang telah
anda pelajari
Jawapan:
Dua perwatakan, watak utama
dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Fuad ialah pertama, dia seorang yang
penyayang, misalnya, Fuad sayang akan keluarga angkatnya, Peter Lim sekeluarga
yang telah memeliharanya sejak kecil dengan tidak mengabaikan tanggungjawabnya
sebagai seorang anak seperti menanggung persekolahan adik-adik angkatnya, Ah
Soh dan Mei Lan walaupun dia telah kembali kepada agama Islam. Kedua, Fuad
seorang yang tabah menerima ketentuan takdir, misalnya, dia tabah dan reda
menerima hakikat bahawa Farhana yang memikat hatinya itu merupakan adik
seibunya lalu dia terpaksa membuangkan perasaan cintanya kepada Farhana kepada
perasaan sayang seorang abang kepada seorang adik.
Dua perwatakan, watak utama
dalam novel “Kabus Di Perbukitan’ iaitu Faridah ialah pertama, dia seorang yang
penyayang. misalnya, Faridah sangat sayang akan anak-anaknya Melina dan Anne,
terutamanya yang melibatkan penyediaan makanan kegemaran mereka. Dia akan
sentiasa memenuhi kehendak selesa anak-anaknya itu. Kedua, Faridah seorang
tabah menerima ketentuan takdir, misalnya, dia tabah meneruskan kehidupannya
setelah kematian saudara kembarnya, Rahayu, kemudian ibunya pula meninggal
dunia dan diikuti oleh suaminya Ghazali dalam tempoh yang sangat dekat.
TAHUN 2004
4a Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua cabaran yang
dihadapi oleh watak tersebut.
Jawapan:
Dua cabaran yang dihadapi oleh
watak utama dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Fuad ialah cabaran untuk
memenangi hati Mak Salmah yang membencinya. Fuad berasa bersalah terhadap Pak
Ismail dan Mak Salmah kerana dialah, Sofia iaitu anak angkat kesayangan Pak
Ismail dan Mak Salmah meninggal dunia. Bagi menebus dosanya itu dia telah
tinggal bersama-sama mereka tetapi beberapa bulan tinggal di situ, Mak Salmah
bersikap dingin terhadap Fuad walaupun telah dinasihati oleh Pak Ismail
suaminya. Namun Fuad tidak berputus asa untuk mengambil hati Mak Salmah dengan
pelbagai cara termasuklah membelikan sebidang tanah untuk mereka. Berkat
kesabarannya akhirnya Mak Salmah mulai menerima Fuad.
Kedua, Fuad menghadapi cabaran
untuk menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya ialah saudara kandungnya.
Apabila Fuad mengetahui bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya dia terpaksa
melupakan perasaan cintanya terhadap Farhana. Dia terpaksa menerima hakikat
bahawa Farhana ialah adik kandung seibunya. Oleh itu, dia berusaha untuk
menukarkan perasaan cintanya itu kepada perasaan kasih sayang seorang abang
kepada adiknya walaupun dia berasa janggal pada permulannya.
4b Huraikan dua pengajaran daripada dua buah novel yang telah anda
pelajari
Jawapan:
Dua pengajaran yang terdapat
dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kita hendaklah tabah dan reda
menghadapi dugaan hidup, misalnya, Fuad tabah mengharungi dugaan hidup terutama
dalam menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya iaitu Sofia dan Farhana
ialah adik-adik kandungnya. Fuad hampir-hampir meluahkan perasaan cintanya itu
kepada Farhana namun terpaksa membatalkan niatnya itu apabila dia mendapat tahu
bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Dia reda bahawa cintanya terhadap
Farhana hanyalah sekadar sayang seorang abang kepada adik kandungnya. Kedua,
kita hendaklah mentaati perintah agama, misalnya, setelah Fuad kemabli kepada
agama Islam, dia begitu mentaati ajaran agama Islam. Dia sentiasa mengerjakan
solat termasuklah solat berjemaah dan mengaji al-Quran melalui tunjuk ajar Pak
Ismail.
Dua pengajaran yang terdapat
dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah pertama, kita hendaklah reda dan tabah
menerima ketentuan takdir, misalnya,
Faridah tabah meneruskan kehidupannya setelah kematian saudara
kembarnya, Rahayu, kemudian ibunya pula meninggal dunia dan diikuti oleh
suaminya Ghazali dalam tempoh yang sangat dekat. Faridah menerima ketentuan
takdir itu dengan reda. Kedua, kita hendaklah mentaati perintah agama,
misalnya, Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia
memeluk agalam Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan
menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan
derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut
syariat Islam agar umta Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang
halal.
TAHUN 2004
4a Huraikan dua contoh nilai
kasih sayang terhadap ahli keluarga yang terdapat dalam sebuah novel yang anda
kaji.
Jawapan:
Dua contoh nilai kasih sayang terhadap
ahli keluarga dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kasih sayang seorang
anak kepada bapa angkat iaitu, Fuad sangat menyayangi bapa angkatnya Peter Lim
yang telah memeliharanya sejak kecil walaupun kini dia telah kembali kepada
agama asalnya iaitu Islam.Fuad telah membiayai persekolahan adik-adik angkatnya
apabila, bapa angkatnya itu jatuh sakit kerana sebagai anak dia berasa dia
wajib memikul tanggungjawab itu. Kedua, kasih sayang seorang abang kepada adik
kandung iaitu, Fuad menyayangi Sofia dan Farhana sebagai seorang abang kepada
mereka, walaupun sebelum mengetahui mereka adik-adiknya dia ada menaruh hati
terhadap mereka. Fuad terpaksa memadamkan perasaan cintanya terhadap mereka
lantaran dia dan wanita-wanita itu ada pertalian darah.
4b Konflik merupakan perkara yang menarik dalam sesebuah cerita.
Berdasarkan dua buah novel yang anda baca, jelaskan bagaimana watak utama
menyelesaikan konflik yang dihadapi.
Jawapan:
Dalam novel “Melunas Rindu”,
watak utamanya iaitu Fuad berkonflik dengan Mak Salmah kerana Mak Salmah sukar
untuk memaafkan kesalahan Fuad yang menjadi punca kematian anak kesayangannya,
Sofia. Selama beberapa bulan Fuad tinggal di rumah Mak Salmah, dia bersikap
dingin terhadap Fuad. Bagi menyelesaikan konflik tersebut, Fuad sentiasa
bersabar dan berusaha untuk memenangi hati Mak Salmah sehinggalah dia
membelikan sebidang tanah untuk Mak Salmah dan Pak Ismail. Akhirnya, Mak Salmah
mulai dapat menerima dan memaafkan Fuad.
Dalam novel “Kabus Di Perbukitan”
pula, watak utamanya, Faridah berkonflik dengan dirinya sendiri untuk
mengekalkan jati diri keturunannya yang berasal dari Malaysia. Dia tidak mahu
anak cucunya lupa akan asal usul bangsanya setelah 25 tahun dia menetap di New
Zealand. Bagi menyelesaikan konflik yang dihadapinya itu telah mengambil
keputusan untuk mengajak suaminya, Soleh Johnsons menetap ke Malaysia. Suaminya
telah bersetuju apabila menjalin hubungan perniagaan dengan Datuk Azrul.
Akhirnya, Faridah berasa tenang dan bersyukur kerana dia kini telah pulang dan
kembali membina jati diri bangsa di tanah air sendiri.
TAHUN 2005
4a Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah
novel. Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan dua perwatakan satu
daripada watak sampingan tersebut.
Jawapan:
Dua perwatakan, watak sampingan
yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” iaitu Farhana ialah pertama, Farhana
ialah seorang guru yang berdedikasi misalnya, dia berusaha sedaya upaya
meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris murid-murid di sekolahnya.
Bersama-sama Fuad dia telah merancang pelbagai program untuk tujuan berkenaan
bagi dikemukakan dalam mesyuarat kurikulum. Kedua, dia berani menegakkan
kebenaran, misalnya, dia berani menegur kesilapan Cikgu Zamani yang culas dan
tidak amanah dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik. Tindakan
Farhana ini berpunca daripada sikap Cikgu Zamani yang selalu memburuk-buruknya
kepada guru-guru yang lain.
4b Pengarang banyak memberikan teladan kepada pembaca melalui
peristiwa-peristiwa yang dipaparkan dalam novelnya. Jelaskan dua peristiwa yang
dapat anda teladani daripada setiap dua buah novel yang anda pelajari.
Jawapan:
Dua contoh peristiwa yang boleh
diteladani daripada novel “Melunas Rindu” ialah pertama, peristiwa Farhana begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah
Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia
selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang.
Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited.
Kedua, peristiwa yang menunjukkan Fuad tabah menerima ketentuan takdir bahawa
gadis-gadis yang dicintainya ialah adik-adiknya sendiri. Dia sememangnya jatuh
hati terhadap Farhana dan tercari-cari masa yang sesuai untuk meluahkan perasaannya
itu, namun akhirnya dia mendapati bahawa Farhana ialah adik seibu dengannya.
Dia menerima ketentuan takdir itu dengan reda. Pengajaran yang boleh saya
teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah tabah atau reda akan
ketentuan takdir kerana ada hikmah di sebaliknya.
Dua contoh peristiwa yang boleh
diteladani daripada novel “Kabus di Perbukitan ” ialah pertama, peristiwa Arzul
yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian
di UPM. Dia telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan
tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya.
Pengajaran yang boleh saya teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah
gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.. Kedua, peristiwa yang menunjukkan
Soleh mahu penebangan hutan untuk membina chalet peranginanya di Tanah Tinggi
Lojing dilakukan dengan lebih terancang dan terkawal tanpa melibatkan penebangan pokok-pokok yang
berusia ratusan tahun walaupun akan melibatkan kos yang tinggi. Di samping itu
chaletnya itu akan dihiasi dengan kebun teh, padang ragut untuk kuda liar,
dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga. Pengajaran yang boleh saya
teladani daripada peristiwa ini ialah kita hendaklah memelihara keindahan alam
sekitar dalam melaksanakan projek pembangunan agar tidak merosakkan keindahan
alam sekitar.
TAHUN 2005
4a Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah
novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda
pelajari. Jelaskan satu sebab bagi setiap peristiwa yang telah anda nyatakan.
Jawapan:
Dua peristiwa yang paling
menarik dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, peristiwa pertemuan antara
Fuad dengan ibu kandungnya, Mariana yang telah terpisah sejak kecil. Peristiwa
ini menarik kerana pertemuan itu telah menjadi penamat rindu Fuad kepada ibu
kandungnya. Sementara Mariana akhirnya dapat menemui anaknya yang dicari sejak
sekian lama. Selain itu, peristiwa itu juga menjadi titik nokhtah pada perasaan
cinta Fuad terhadap Farhana kerana pertemuan itu bermakna Fuad dan Farhana
tidak boleh berkahwin kerana mereka adik-beradik seibu.
Kedua, peristiwa, Farhana
dimakumkan bahawa Cikgu Zamani telah ditukarkan ke negeri asalnya mulai sesi
persekolahan yang akan datang. Peristiwa itu sudah pasti menarik kerana
pertukaran Cikgu Zamani bermakna Farhana akan dapat bekerja dengan tenang di
Sekolah Menengah Seri Setia kerana seterunya sudah tiada lagi. Selain itu,
cabaran Cikgu Abas sebagai Penolong Kanan di sekolah itu juga berkurangan
kerana guru yang culas dan suka mencetuskan budaya kerja negatif dalam kalangan
guru di sekolah itu sudah tiada.
4b Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan dua latar
tempat dalam setiap novel itu.
Jawapan:
Kedua-dua novel “Melunas Rindu”
dan “Kabus di Perbukitan” terdapat persamaan latar tempat iaitu di hospital.
Dalam novel “Melunas Rindu” hospital yang menjadi latar tempat beberapa
peristiwanya ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan. Latar tempai ini
sangat penting kerana di sinilah Fuad telah bertemu dengan ibu kandungnya yang
dicari-carinya sekian lama. Secara kebetulan dia ingin melawat ibu Farhana yang
dirawat di situ. Rupa-rupanya ibu Farhana itu ialah ibu kandungnnya juga.
Sementara itu, hospital yang menjadi latar tempat dalam novel “Kabus di
Perbukitan” ialah Hospital Kuala Lumpur. Latar tempat ini merupakan tempat
Faridah dan Iqbal dirawat selepas mereka ditemui. Selain itu, Rahayu juga telah
ke Hospital Kuala Lumpur untuk menemui Faridah yang koma dan akhirnya Rahayu
meninggal dunia di sisi Faridah setelah Faridah tersedar dari koma. Berita
kematian Rahayu sejurus kakak kembarnya, Faridah tersedar dari koma
menggemparkan seluruh warga hospital.
Selain itu, dalam kedua-dua
novel tersebut terdapat persamaan latar tempat iaitu di institusi pendidikan.
Perbezaannya adalah dalam novel “Melunas Rindu” institusi pendidikan yang
dimaksudkan ialah Sekolah Menengah Seri Setia, iaitu tempat Fuad mengajar sebagai
guru sandaran bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Di sinilah, Fuad telah
berkenalan dengan Farhana yang merupakan Ketua Panitia Mata Pelajaran Bahasa
Inggeris yang sering bertelagah dengan Cikgu Zamani kerana perbuatan Cikgu
Zamani yang sering memburuk-burukkan Farhana. Pengenalan itu juga telah
menerbitkan perasaan sayang Fuad kepada Farhana tetapi malangnya, akhirnya Fuad
mendapati bahawa Farhana ialah adik kandung seibunya. Sementara itu, dalam
novel “Kabus di Perbukitan”, institusi pendidikan yang dimaksudkan ialah
Universiti Putra Malaysia (UPM). Di sinilah, Azrul berkenalan dengan Rahayu
kerana mereka merupakan teman sekuliah daripada Fakulti Ekologi Manusia.
Kemudian sewaktu di perpustakaan UPM, Rahayu tiba-tiba jatuh pengsan lalu
dikejarkan ke Pusat Kesihatan.
TAHUN 2006
4a Pertentangan antara watak banyak terdapat dalam sesebuah novel.
Huraikan dua peristiwa yang menunjukkan pertentangan (konflik) antara watak
dalam sebuah novel yang anda telah kaji.
Jawapan:
Dua contoh peristiwa yang menunjukkan
pertentangan antara watak yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah
pertama, pertentangan antara Fuad dengan Mak Salmah. Konflik antara mereka
berpunca daripada kesukaran Mak Salmah untuk memaafkan kesalahan Fuad yang
menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia. Fuad terpaksa bersabar
menghadapi kedinginan layanan Mak Samlah terhadapnya sepanjang dia tinggal
menumpang di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah malah Fuad mengambil masa
berbulan-bulan untuk memujuk hati Mak Salmah agar memaafkannya. Kedua,
pertentangan antara Fuad dengan bapanya, Robert Lim. Konflik antara mereka
berpunca daripada tindakan bapanya meninggalkan ibu kandung Fuad. Tindakan
bapanya itu menyebabkan Fuad menyalahkan bapanya sebagai punca dia terpisah
daripada ibu kandungnya itu sejak sekian lama. Dia bertindak tidak mahu menemui
bapanya walaupun bapanya telah memasukkan wang sebanyak RM200,000 ke dalam
akaunnya bagi memujuk Fuad.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, jelaskan dua nilai
kemasyarakatan daripada setiap novel tersebut.
Jawapan:
Dua nilai kemasyarakatan yang
terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, nilai bantu-membantu.
Misalnya, Fuad telah membawa anak
Borhan yang demam panas untuk dirawat. Fuad sanggup menyewa sebuah kereta dan
pergi ke klinik tersebut pada waktu malam demi membantu rakannya itu. Kedua,
nilai bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu tugas. Misalnya, Farhana dan Fuad
saling berbincang dan bekerjasama merancang beberapa program untuk membantu
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Setia menguasai mata pelajaran Bahasa
Inggeris.
Dua nilai kemanusiaan yang
terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah pertama, nilai bekerjasama,
misalnya, pelbagai agensi kerajaan
seperti tentera, polis, ambulans dan RELA bekerjasama dalam operasi mengesan
Faridah dan Iqbal yang lesap selepas mereka terbabit dalam kemalangan . Kedua,
nilai bantu-membantu. Misalnya, Buyung telah membantu Kamarudin mengesan
Faridah dan Iqbal setelah pihak berkuasa menghentikan operasi pencarian
kedua-duanya. Berkat bantuan Buyung, Kamarudin telah berjaya menemui Faridah dn
Iqbal di perkampungan orang Asli.
TAHUN 2006
4a Huraikan pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda telah
kaji.
Jawapan:
Dua pengajaran yang terdapat
dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kita hendaklah tabah dan reda
menghadapi dugaan hidup, misalnya, Fuad tabah mengharungi dugaan hidup terutama
dalam menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya iaitu Sofia dan Farhana
ialah adik-adik kandungnya. Fuad hampir-hampir meluahkan perasaan cintanya itu
kepada Farhana namun terpaksa membatalkan niatnya itu apabila dia mendapat tahu
bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Dia reda bahawa cintanya terhadap
Farhana hanyalah sekadar sayang seorang abang kepada adik kandungnya. Kedua,
kita hendaklah mentaati perintah agama, misalnya, setelah Fuad kemabli kepada
agama Islam, dia begitu mentaati ajaran agama Islam. Dia sentiasa mengerjakan
solat termasuklah solat berjemaah dan mengaji al-Quran melalui tunjuk ajar Pak
Ismail.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda telah kaji, bandingkan dua
persoalan daripada setiap novel tersebut.
Jawapan:
Perbandingan persoalan yang
terdapat dalam novel ‘Melunas Rindu’ dan novel ‘Kabus Di Perbukitan’ ialah
kedua-dua novel ini membicarakan tentang persoalan kasih sayang dalam hubungan
kekeluargaan. Contohnya, Fuad sangat sayang akan keluarga
angkatnya, sehingga sanggup membantu membiayai persekolahan
adik-adik angkatnya walaupun dia telah
kembali memeluk agama asalnya iaitu
Islam. Ikatan kekeluargaan tidak terputus biarpun dia kini berlainan agama.
Faridah pula sangat sayang akan kembarnya, Rahayu yang sangat dirinduinya setelah terpisah sejak kecil.
Ikatan kasih sayang yang utuh ini terbukti apabila mereka boleh berhubung
antara satu sama lain secara di bawah sedar atau secara ‘telepati” apabila
Faridah lesap selepas terlibat dalam kemalangan. Melalui hubungan inilah, bapa
mereka Kamarudin berjaya mengesan lokasi Faridah berada. Selain itu, kedua-dua
novel ini juga membicarakan tentang
persoalan keredaan menerima ketentuan takdir. Contohnya, Fuad
reda menerima kenyataan bahawa dia dan Farhana ialah adik-beradik walaupun dia
ada menaruh perasaan sayang akan Farhana. Sementara Faridah pula reda menerima
kematian Rahayu dan suaminya, Ghazali walaupun dia sangat menyayangi kedua-dua
insan tersebut.
TAHUN 2007
4a Nilai setia kawan sering dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan
dua nilai setia kawan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Jawapan:
Nilai setia kawan yang terdapat
dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama, kesetiaan persahabatan antara
Azrul dan Rahayu. Hubungan antara Azrul dan Rahayu sangat rapat lantaran
mereka merupakan teman sekuliah daripada
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Mereka sering membuat
rujukan bersama-sama di perpustakaan dan berbincang tentang rancangan masa
hadapan apabila mereka menamatkan pengajian kelak. Namun hubungan mereka
terputus apabila Rahayu meninggal dunia kerana menghidap penyakit barah
paru-paru. Walau bagaimanapun, Azrul terus berusaha untuk meneruskan harapan
Rahayu dan dirinya untuk menjadi siswazah yang berdikari tanpa mengharapkan
kerja makan gaji. Azrul sentiasa menjadikan kata-kata semangat Rahayu sebagai
pendorong kepada untuk terus berjaya dan akhirnya dia telah menjadi usahawan
tani yang berjaya. Kedua, kesetiaan persahabatan antara Benny dan Mohamed
Attar. Benny begitu setia menyertai misi Mohamed Attar untuk menegakkan syiar
Islam secara ekstrem walaupun tidak disenangi oleh Melina. Benny tetap
meneruskan persahabatannya dengan Mohamed Attar walaupun Melina berkali-kali
menasihatinya agar menjauhi Mohamed Attar sehinggalah Mohamed Attar ditahan
oleh pihak Interpol manakala Benny terpaksa melarikan diri ke Dubai.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan tema dalam
setiap novel itu.
Jawapan:
Tema bagi novel “Melunas Rindu”
ialah kegigihan dan ketabahan seorang pemuda untuk mencari asal usul dirinya.
Misalnya, Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang
telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter
Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal
dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat mengembirakan
hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang
seterusnya dapat melunaskan rindunya terhadap ibu kandungnya itu.
Sementara itu , tema bagi novel
“Kabus di Perbukitan” ialah jati diri bangsa menjadi tunjang seseorang insan.
Buktinya, Faridah yang merantau ke New Zealand selama 25 tahun kemudian
berkahwin dengan Soleh Johnsons akhirnya kembali ke Malaysia untuk membina
kehidupan dalam meniti usia tuanya. Malahan dia berazam untuk memastikan anak
cucunya juga akan berpegang teguh pada jati diri bangsa dan akan menetap di Malaysia pada suatu hari nanti ibarat
peribahasa setinggi-tinggi bangau terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau
juga.
TAHUN 2007
4a Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa
yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah.
Jawapan:
Dua peristiwa yang dapat
dikaitkan dengan persoalan maruah dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah
pertama persoalan menjaga maruah diri dan keluarga. Misalnya, walaupun Melina
semakin akrab dengan Benny dan Benny berkali-kali mengajaknya ke Malaysia namun
Melina keberatan untuk menerima pelawaan Benny tanpa sebarang ikatan
perkahwinan yang sah demi menjaga maruah diri dan keluarganya. Harapan Benny
itu hanya terlaksana apabila Benny melamar Melina dan mereka mendirikan rumah
tangga. Kedua, persoalan menjaga maruah agama. Misalnya, tindakan Mohamed Attar
yang agak ekstrem dalam perjuangannya untuk menegakkan syair Islam kurang
disenangi oleh Ustaz Hassan Syukri. Peristiwa Mohamed Attar ditangkap kerana
cuba mengebom sebuah pusat perjudian di Pulau Sentosa, Singapura telah menjatuhkan
maruah agama Islam kerana telah memberikan tanggapan negatif kepada masyarakat
terutama masyarakat bukan Islam bahawa agama Islam mengajar umatnya melakukan
keganasan. Hal ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam yang
mengutamakan amalan berhemah dalam menyebarkan syair Islam.
4b Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak
utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya.
Jawapan:
Berdasarkan novel “Melunas
Rindu” cara watak utama iaitu, Fuad menyelesaikan konflik antara dirinya dengan Mak Salmah yang
berpunca daripada kesukaran Mak Salmah untuk memaafkan kesalahan Fuad yang
menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia ialah Fuad terpaksa bersabar
menghadapi kedinginan layanan Mak Samlah terhadapnya sepanjang dia tinggal
menumpang di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad mengambil masa
berbulan-bulan untuk memujuk hati Mak Salmah agar memaafkannya dan akhirnya Mak
Salmah telah memaafkan Fuad.
Sementara itu, dalam novel
“Kabus di Perbukitan” cara watak utamanya iaitu Faridah menyelesaikan konflik
dalam dirinya yang terlalu rindu akan kampung halamannya iaitu Sungai Besar,
Selangor setelah 25 tahun tinggal di New Zealand ialah dia telah bercuti ke
Malaysia untuk menguruskan perkahwinan antara Zain dengan Anne. Namun ,
akhirnya dia dan suaminya, Soleh Johnsons mengambil keputusan untuk terus
tinggal di Malaysia maka dapatlah dia menghabiskan usia tuanya di tanah airnya
yang tercinta.
TAHUN 2008
4a Pemilihan tajuk sesebuah novel dapat dikaitkan dengan isi kandungan
novel tersebut. Buktikan pernyataan di atas berdasarkan sebuah novel yang telah
anda kaji.
Jawapan:
Berdasarkan novel “Melunas
Rindu” sesungguhnya, judul novel ini sangat sesuai dengan jalan ceritanya
kerana pertama, judul novel “Melunas Rindu’ ada kaitan dengan perasaan Fuad
yang sangat rindu akan ibunya kerana dia sudah terpisah daripada ibunya sejak
kecil. Oleh itu, dia berusaha untuk mencari kubur ibunya kerana diberitakan
ibunya sudah meninggal dunia. Namun dia dikhabarkan berita yang menggembirakan
iaitu ibunya belum meninggal dunia. Maka, dia berpeluang untuk menemui ibunya
hidup-hidup bagi melunaskan rindunya itu.
Kedua, perasaan rindu Fuad
akhirnya terlunas apabila pada suatu hari ketika dia pergi melawat ibu Farhana
yang sakit di hospital dia mendapati nama ibu Farhana sama dengan nama ibunya.
Perkara itu akhirnya terbongkar apabila bapa Fuad, Robert Lim yang ingin
menyerahkan cincin perkahwinannya dengan Mariana kepada Fuad mengesahkan bahawa
ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad.
4b Berdasarkan dua novel yang telah anda kaji, berikan tiga pengajaran
yang terdapat dalam setiap novel.
Jawapan:
Pengajaran yang terdapat dalam
novel “Melunas Rindu” ialah pertama, kita hendaklah bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited. Misalnya, Farhana juga
begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa
Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat
menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang
dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Kedua, kita
hendaklah sayang akan ahli keluarga sendiri walaupun berlainan agama.Misalnya,
Fuad sangat sayang akan Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah memeliharanya
sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan adik-adik angkatnya walaupun
kini dia telah kembali kepada agama
asalnya iaitu Islam. Ketiga, kita hendaklah mentaati perintah ajaran agama yang
dianuti. Misalnya, Fuad tekun mengerjakan solat di surau dan mengaji al-Quran
selepas kembali kepada agama Islam.
Pengajaran yang terdapat dalam
novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama, kita hendaklah mempunyai jati diri
yang teguh walaupun di mana-mana kita berada. Misalnya, Faridah yang sudah 25
tahun tinggal di New Zealand tetap mengingati dan menghargai tanah airnya,
Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia
dalam meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh Johnson. Kedua, kita
hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kemajuan. Misalnya, Azrul yang bertekad
untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian di UPM, telah
berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya
hingga dia berjaya menjadi seorang usahawantani berjaya. Ketiga, kita hendaklah
mentaati perintah ajaran agama yang dianuti sebaik-baiknya. Misalnya, Soleh
Johnsons merupakan seorang penganut Islam yang tekun mengerjakan solat lima
waktu di masjid dan selalu menderma kepada badan-badan kebajikan.
TAHUN 2008
4a Bahagian permulaan sebuah novel memainkan peranan yang penting
kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua sebab
bahagian permulaan novel itu menarik minat anda.
Jawapan:
Berdasarkan novel “Kabus di
Perbukitan”, permulaan novel ini menarik kerana menimbulkan perasaan ingin tahu
kepada pembaca apabila Rahayu tiba-tiba terlihat peristiwa seolah-olah dia
sedang menuju ke penghadang jalan lalu melanggarnya dan terus menjunam ke dalam
gaung ketika berada di dalam perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Rentetan
peristiwa itu dia menjerit ketakutan lalu jatuh pengsan yang menimbul
kegemparan di UPM yang kononnya UPM diserang histeria.
Kedua, peristiwa kehilangan
Faridah dan Iqbal selepas mereka ditimpa kemalangan pada permulaan cerita juga
menarik perhatian pembaca kerana menimbulkan persoalan kepada pembaca tentang
siapa-siapa yang telah melarikan mereka berdua tanpa meninggalkan sebarang
jejak sehingga memeningkan kepada pihak yang berusaha mengesan kehilangan
mereka itu. Kehilangan Faridah dan Iqbal berjaya menimbulkan pelbagai misteri.
4b Bandingkan, iaitu dari segi persamaan dan perbezaan latar masyarakat
dalam dua buah novel yang anda pelajari.
Jawapan:
Persamaan latar masyarakat yang
terdapat dalam novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” ialah masyarakat
yang mengamalkan perkahwinan campur. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”,
Mariana yang berketurunan Melayu telah berkahwin dengan Robert Lim yang
berketurunan Cina. Hasil perkahwinan inilah lahirlah Fuad yang merupakan pemuda
kacukan Melayu dan Cina. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”,
Faridah yang berketurunan Melayu dari Malaysia telah berkahwin dengan Samuel
Johnsons yang berketurunan ‘kulit putih’ dari New Zealand lalu lahirlah Anne
dan Melina yang merupakan gadis kacukan Melayu dan bangsa ‘kulit putih’.
Perbezaan latar masyarakat yang
terdapat dalam novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” ialah masyarakat
yang berbeza tempat tinggal. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, Fuad
tinggal di Malaysia. Sementara itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, Faridah
dan keluarganya tinggal di New Zealand sebelum dia kembali semula ke Malaysia.
TAHUN 2009
4a Sesebuah novel dapat menimbulkan pelbagai kesan terhadap perasaan
pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa
yang meninggalkan kesan terhadap perasaan anda.
Jawapan:
Berdasarkan novel “Melunas
Rindu” peristiwa yang menimbulkan kesan kepada saya ialah pertama, peristiwa
Fuad kembali ke Sungai Ruan untuk menemui bapa angkatnya iaitu Peter Lim yang
telah memeliharanya sejak kecil setelah dia kembali kepada agama Islam.
Kepulangan Fuad sangat dinanti-nantikan oleh keluarga angkatnya itu malah Fuad
telah menyuapkan bubur kepada bapa angkatnya yang sedang sakit itu walaupun
kini mereka berlainan agama. Fuad juga telah membuat keputusan untuk membiayai persekolahan
adik-adik angkatnya itu. Peristiwa ini meninggalkan kesan terhadap perasaan
saya kerana telah berjaya membuktikan bahawa perbezaan anutan agama tidak akan
memutuskan hubungan kekeluargaan yang telah terjalin sekian lama. Kedua,
peristiwa Fuad mendapati bahawa Farhana ialah adik kandungnya yang sama ibu
iaitu ibu Fuad ialah ibu Farhana juga walaupun Fuad telah berkira-kira untuk melafazkan
perasaan cinta terhadap Farhana. Fuad sungguh tabah dan reda menerima ketentuan
takdir bahawa dia terpaksa melupakan perasaan itu terhadap Farhana kerana
berdosa adik-beradik berkahwin. Ketabahan dan keredaan Fuad menerima takdir itu
meninggalkan kesan terhadap perasaan saya kerana telah menyedarkan saya bahawa
tuntutan agama itu lebih penting daripada tuntutan nafsu.
4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan dua
latar masa dalam setiap novel.
Jawapan:
Latar masa yang terdapat dalam
kedua-dua novel “Melunas Rindu” dan “Kabus di Perbukitan” ialah pada waktu
pagi. Misalnya, dalam novel “Melunas Rindu”, peristiwa yang berlaku pada waktu
pagi ialah kedatangan Chin ke Sekolah Seri Setia untuk berjumpa Fuad di kantin
sekolah pada waktu rehat. Dalam pertemuan itu Chin telah memaklumkan Fuad
tentang perniagaan ayah Fuad iaitu Robert Lim yang semakin merosot. Sementara
itu, dalam novel “Kabus di Perbukitan”, peristiwa yang berlaku pada waktu pagi
ialah peristiwa Rahayu tiba-tiba terlihat peristiwa seolah-olah dia sedang
menuju ke penghadang jalan lalu melanggarnya dan terus menjunam ke dalam gaung
ketika berada di dalam perpustakaan Universiti Putra Malaysia. Rentetan
peristiwa itu dia menjerit ketakutan lalu jatuh pengsan yang menimbul
kegemparan di UPM yang kononnya UPM diserang histeria. Pada masa yang sama juga
Faridah telah terlibat dalam kemalangan dalam perjalannya ke Raub.
Selain itu, dalam kedua-dua
novel juga terdapat latar masa pada waktu malam. Misalnya, dalam novel “Melunas
Rindu”, peristiwa Fuad membawa anak Borhan, Muhammad Alif yang demam panas ke
Klinik Ihsan di bandar Kuala Terengganu berlaku pada waktu malam iaitu mereka
sampai di situ lebih kurang jam sebelas malam. Demi membantu rakannya itu, Fuad
telah menyewa sebuah kereta dan membayar caj rawatan anak Borhan itu. Sementara
itu, dalam novel “Melunas Rindu”, peristiwa yang berlaku pada waktu malam
peristiwa Ghazali dan Said tiba di Rumah Rehat Gap menjelang jam 10 malam untuk
mengetahui perkembangan operasi pencarian Faridah dan Iqbal. Ghazali telah
dimakulmkan oleh Inspektor Aznil bahawa satu platun Senoi Praak akan tiba dari
Hulu Perak untuk membantu mereka mengesan jejak Faridah dan Iqbal lewat malam
itu.
TAHUN 2009
4a Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh
kejayaan.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang
dapat membuktikan pernyataan di atas.
Jawapan:
Berdasarkan watak utama dalam
novel “Melunas Rindu” iaitu Fuad sememangnya ketabahan Fuad menghadapi cabaran
telah membolehkannya memperoleh kejayaan. Pertama, ketabahan Fuad menghadapi
sikap dingin Mak Salmah. Mak Salmah sukar untuk memaafkan kesalahan Fuad yang
menjadi punca kematian anak kesayangannya, Sofia. Selama beberapa bulan Fuad
tinggal di rumah Mak Salmah, dia bersikap dingin terhadap Fuad. Walau
bagaimanapun, Fuad sentiasa tabah menghadapi situasi tersebut dan berusaha
untuk memenangi hati Mak Salmah sehinggalah dia membelikan sebidang tanah untuk
Mak Salmah dan Pak Ismail. Akhirnya, Mak Salmah mulai dapat menerima dan
memaafkan Fuad.
Kedua, ketabahan Fuad mendidik
murid-murid tingkatan 5 di Sekolah Menengah Seri Setia yang agak lemah dalam
mata pelajaran Bahasa Inggeris. Bagi menghadapi situasi ini, Fuad telah
berusaha mencari kaedah yang sesuai supaya anak-anak muridnya mendapat kesan
yang positif daripada didikannya. Berkat ketabahannya, anak-anak muridnya telah
menunjukkan minat untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
4b Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan dua
contoh nilai tanggungjawab yang terdapat dalam setiap novel.
Jawapan:
Contoh nilai tanggungjawab yang
terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah pertama, tanggungjawab terhadap
amanah atau tugas yang telah diberikan. Misalnya, Cikgu Abas sentiasa
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penolong kanan untuk memastikan
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Seri Setia.
Beliau kerap menegur sikap guru-guru yang tidak amanah seperti tidak masuk ke
kelas untuk mengajar. Sementara itu, dalam novel "Kabus di
Perbukitan" terdapat contoh nilai tanggungjawab sebagai muslim sejati .
Misalnya, Soleh Johnsons sentiasa memastikan penyembelihan haiwan ternakan yang
akan dipasarkan kepada pengguna terutama umat Islam mengikut lunas-lunas ajaran
Islam. Selain itu, Soleh Johnsons sentiasa bersolat dan bersedekah semata-mata
untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai penganut agama Islam yang sejati.
Perbandingan contoh nilai yang
kedua ialah tanggungjawab sebagai suami atau ketua keluarga. Misalnya, dalam
novel "Melunas Rindu", Roslan (Robert Lim) seharusnya
bertanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan tidak meninggalkan Mariana yang
sedang mengandung selepas kira-kira 3 bulan mereka mendirikan rumah tangga.
Berbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan
Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Abdul Halim
(Fuad) mahu dibunuhnya. Dalam novel "Kabus di Perbukitan juga terdapat
contoh nilai tanggungjawab sebagai suami atau ketua keluarga. Sikap Kamaruddin
juga seperti Roslan (Robert Lim) yang seharusnya bertanggungjawab sebagai suami
kepada Salmah dengan tidak berlaku curang dengan mengahwini perempuan lain dan
merampas Rahayu daripada jagaan Salmah sehingga menyebabkan Salmah dan Faridah
menanggung perasaan rindu terhadap Rahayu.
TAHUN 2010
4a. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa
yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.
Jawapan:
Berdasarkan novel “Melunas
Rindu” dua peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat
ialah masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah
diberikan. Hal ini terbukti melalui sikap Cikgu Zamani yang tidak menunaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Misalnya, dia kerap
menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan
rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar
sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.
Kedua, masyarakat yang tidak
bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Hal ini terbukti melalui watak Robert
Lim (Roslan) yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru
dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telahpun
mengandung. Berbuatan Roslan (Robert Lim) yang tidak bertanggungjawab itu telah
menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan,
Abdul Halim (Fuad) mahu dibunuhnya.
4b. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar
masyarakat dalam setiap novel.
Jawapan:
Dua latar masyarakat yang
terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah masyarakat yang bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited. Misalnya, Farhana
juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa
Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat
menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang
dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Kedua, masyarakat
yang sayang akan ahli keluarga sendiri walaupun berlainan agama.Misalnya, Fuad
sangat sayang akan Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah memeliharanya
sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan adik-adik angkatnya walaupun
kini dia telah kembali kepada agama
asalnya iaitu Islam.
Dua latar masyarakat yang
terdapat dalam novel “Kabus di Perbukitan” ialah pertama, masyarakat yang
mempunyai jati diri yang teguh walaupun di mana-mana pun berada. Misalnya,
Faridah yang sudah 25 tahun tinggal di New Zealand tetap mengingati dan
menghargai tanah airnya, Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk
menetap di Malaysia dalam meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh
Johnson. Kedua, masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.
Misalnya, Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah
menamatkan pengajian di UPM, telah berusaha dengan gigih memajukan projek
ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang
usahawantani berjaya.
TAHUN 2010
4a. Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu
boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca.
Jawapan:
Berdasarkan novel “Melunas
Rindu” terdapat beberapa sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada
pembaca, pertama kesedaran melalui tema novel berkenaan yang menunjukkan betapa
kegigihan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran sangat penting beroleh
kejayaan. Misalnya, Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari
ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa
saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan
telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat
mengembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya
yang seterusnya dapat melunaskan rindunya terhadap ibu kandungnya itu.
Kedua, kesedaran melalui
perwatakan Farhana yang sangat komited
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk
memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata
pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk
memantapkan program yang telah dirancang. Melalui perwatakan Farhana ini telah
memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa komited dan amanah dalam
melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.
4b. Berdasarkan dua buah novel
yang anda pelajari, bandingkan dua peristiwa yang memaparkan nilai keberanian
dalam setiap novel.
Jawapan:
Dua contoh peristiwa yang
memaparkan peristiwa yang mengandungi nilai keberanian dalam novel “Melunas
Rindu” ialah pertama, keberanian menegakkan kebenaran. Misalnya, Farhana berani
menegur sikap Cikgu Zamani yang tidak bertanggungjawab sebagai seorang guru.
Farhana begitu tegas menegur sikap Cikgu Zamani yang selalu ponteng mengajar
dan tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Sementara itu, dalam novel “Kabus di
Perbukitan” pula memaparkan peristiwa keberanian berhijrah ke tempat baharu.
Misalnya, Faridah berani berhijrah ke New Zealand untuk memulakan kehidupan
baharu setelah dia kehilangan insan-insan yang tersayang. Pada permulaannya
Faridah ke New Zealand kerana mengikuti kursus
selama enam bulan di situ, namun akhirnya dia telah menetap selama 25
tahun di New Zealand setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.
Nilai keberanian yang kedua
dalam novel “Melunas Rindu” ialah keberanian menanggung risiko demi menebus
kesilapan lalu. Misalnya, Fuad berani untuk kembali ke kampung Danau Seberang
selepas dia membawa lari anak gadis Pak Ismail dan Mak Salmah, Sofia. Fuad
berani menghadapi cemuhan orang kampung dan Mak Salmah demi menebus
kesilapannya melarikan Sofia yang akhirnya menyebabkan kematian Sofia. Sikap
beraninya itu berbaloi apabila penduduk kampung dan Mak Salmah mulai memaafkan
Fuad. Sementara itu, nilai keberanian yang terkandung dalam novel “Kabus di
Perbukitan” ialah keberanian hidup berdikari. Misalnya, Melina sangat berani
meneruskan hidup di Malaysia seorang diri dalam keadaan sarat mengandung
selepas kehilangan Benny yang melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa.
Melina berani memandu sendiri dari Terengganu untuk ke Cameron Highlands
menemui ibu bapanya yang datang bercuti ke Malaysia.
SOALAN TAHUN 2011
PERBANDINGAN TEMA
• Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam
setiap novel itu. [8 markah]
• Tema merupakan perkara pokok yang dibincangkan dalam sesebuah novel.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap
novel itu. [8 markah]
Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji dalam
tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu manakala dalam tingkatan lima ialah
novel Kabus Di Perbukitan.
Dalam novel Melunas Rindu, tema yang dikemukakan ialah kasih sayang
seorang saudara baru terhadap ahli keluarga dan sesama manusia. Buktinya,
Fuad yang mempunyai perasaan sayang yang mendalam terhadap ibu kandung sehingga
menyebabkan dia sanggup mencari pusara ibunya tetapi setelah mengetahui ibunya
masih hidup dia cuba menjejakinya. Akhirnya dia berjaya menemui ibunya yang
juga merupakan ibu kepada Farhana. Selain itu, kasih sayang Fuad terhadap
kedua-dua ibu bapa angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah menyebabkan Fuad
sanggup membelikan tanah, motorsikal dan membawa mereka berdua mengerjakan
umrah ke Tanah Suci.
Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan pula mengemukakan tema jati
diri dan kasih sayang seorang wanita terhadap ahli keluarganya dan juga tanah
airnya. Sebagai contohnya, Faridah sangat sayang akan ibunya, buktinya dia
sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas
di Kelang. Bukti lain, Faridah juga sangat sayang kepada Rahayu, adik kembarnya
yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat
berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam keadaan
koma. Seterusnya, kasih sayang terhadap kampung halaman dan jati dirinya
sebagai orang Melayu. Buktinya, Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di
Sungai Besar walaupun berada jauh di negeri orang. Malah Faridah juga tetap mengamalkan
budaya Melayu ketika berada di New Zealand.
PERBANDINGAN PERSOALAN
• Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan kasih
sayang daripada setiap novel. [8 markah]
• Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan yang
terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]
Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji dalam
tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu manakala dalam tingkatan lima ialah
novel Kabus Di Perbukitan.
Persoalan yang pertama ialah persoalan kasih sayang terhadap ibu.
Dalam novel Melunas Rindu, persoalan ini jelas ada pada watak Fuad yang amat
merindui ibunya yang telah lama terpisah. Dia sanggup mencari kubur arwah
ibunya. Setelah dia mengetahui bahawa ibunya masih hidup, dia meneruskan
pencarian dan segera menjejakinya. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan
pula, persoalan ini digambarkan pada watak Faridah yang sangat sayang akan
ibunya, buktinya dia sanggup menjaga ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya,
Ghazali bertugas di Klang.
Persoalan kedua ialah persoalan kasih sayang terhadap saudara kandung.
Dalam novel Melunas Rindu, Fuad sangat menyayangi Sofia dan Farhana kerana
kedua-dua mereka adalah saudara kandungnya yang berlainan bapa. Sementara dalam
novel Kabus Di Perbukitan, Faridah juga sangat sayang kepada Rahayu, adik
kembarnya yang terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah
seolah-olah dapat berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah
berada dalam keadaan koma.
Persoalan lain ialah ketaatan kepada Tuhan dan ajaran agama iaitu Fuad
sebagai saudara baru tekun mempelajari agama. Dia belajar mengaji daripada
Pak Ismail dan selalu mengerjakan solat berjemaah di surau. Fuad tidak pernah
meninggalkan solat waima dalam perjalanan pulang ke kampung atau pada masa
kecemasan. Manakala dalam Novel Kabus Di Perbukitan pula ialah Faridah taat
pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di
New Zealand. Faridah mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya, seusia
6 tahun anaknya telah dihantar belajar agama.
PERBANDINGAN WATAK UTAMA
• Kegigihan watak utama banyak dihuraikan dalam novel.
Berdasarkan dua novel yang
anda kaji, huraikan peristiwa yang menunjukkan kegigihan watak utama menjalani
kehidupan mereka. [8 markah]
Contoh Jawapan:
Novel yang saya kaji dalam
tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu (MR) manakala dalam tingkatan lima
ialah novel Kabus Di Perbukitan (KDP). Watak utama dalam novel MR ialah Fuad
manakala watak utama dalam novel KDP ialah Faridah.
Dalam novel MR, kegigihan
watak utama iaitu Fuad dapat dilihat apabila dia berusaha mencari ibu
kandungnya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi sebenarnya
masih hidup. Fuad sanggup pergi ke Lembah Klau dan bertanya kepada penduduk
kampung tentang keberadaan pusara ibunya.
Dalam pencarian tersebut, Fuad dimaklumkan bahawa pusara ibunya tidak
ada di Lembah Klau.
]
Selain itu, Fuad juga gigih
menjalani kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam. Fuad sanggup belajar solat dan mengaji
al_Quran dengan ayah angkat, Pak Ismail.
Fuad juga sanggup ke surau untuk mengerjakan solat berjemaah bersama
penduduk kampung.
Manakala dalam novel KDP,
kegigihan watak utama iaitu Faridah yang gigih menghadapi cabaran tinggal di
negara asing yang berbeza budaya dan agama. Faridah juga gigih mempertahankan budaya
bangsa melalui percakapan, pakaian dan
pergaulan biarpun berada di negara asing selama 25 tahun. Selain itu,
kegigihan Faridah yang bekerja di pusat penyembelihan sebelum berkahwin dengan
Soleh Johsons.
• Berdasarkan dua novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan watak
utama yang terdapat dalam novel. [8 markah]
Contoh Jawapan
Novel yang saya kaji dalam
tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu (MR) manakala dalam tingkatan lima
ialah novel Kabus Di Perbukitan (KDP). Watak utama dalam novel MR ialah Fuad
manakala watak utama dalam novel KDP ialah Faridah.
Perbandingan perwatakan watak
utama ialah taat kepada agama dan perintah Tuhan. Dalam novel MR, Fuad Sebagai
saudara baru dalam Islam, dia tekun mengaji al-Quran sementara menunggu waktu
Isyak, dan mendalami ilmu agama daripada Pak Ismail. Manakala dalam novel KDP
ialah Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah
lama tinggal di New Zealand dengan mementingkan didikan agama kepada kedua-dua
anaknya.
Perbandingan kedua ialah
tabah. Dalam MR, Fuad tabah menghadapi kenyataan bahawa orang yang dicintai
iaitu Sofia dan Farhana ialah adiknya sendiri. Manakala dalam KDP, Faridah
tabah menghadapi cabaran di rantau orang iaitu New Zealand seorang diri selepas
kematian ibu dan suaminya.
Perbandingan perwatakan yang
ketiga ialah penyayang. Dalam novel MR, Fuad begitu menyayangi kedua-dua ibu
bapa angkatnya sehingga membelikan motosikal dan tanah untuk Pak Ismail dan
membawa mereka berdua menunaikan umrah di Mekah. Manakala dalam novel KDP,
Faridah sayang akan ibunya Salmah sehingga sanggup menemani ibunya dan tidak
mahu berpindah mengikut suaminya yang bekerja di Kelang.
4 (a) Sesebuah novel
mengetengahkan pelbagai latar tempat untuk menjadikan jalan ceritanya lebih
menarik.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat
dalam novel tersebut . ( 7 markah )
NOVEL MELUNAS RINDU
JAWAPAN (PILIH 3 @ 4 LATAR TEMPAT)
Danau Seberang, Fuad dengan keluarga
angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail tinggal.
Di situlah Fuad belajar
mengaji dengan Pak Ismail.
Di surau, Danau Seberang, Fuad tiba di
surau untuk solat Isyak berjemaah
Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Setia, Fuad berkhidmat
sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris. Dia diberi tugas penting iaitu
mengajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Beliau berkhidmat bersama-sama dengan
Cikgu Farhana.
Rumah Peter Lim di Sungai Ruan, Fuad
pulang ke Sungai Ruan menziarahi apaknya Peter Lim setelah setahun tidak
pulang. Peter Lim sakit dan menghadapi
masalah perbelanjaan hidup. Fuad
berjanji akan menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik sepupunya. Fuad bertanya tentang ibunya kepada Peter Lim
dan mahu mencari susur galur sebelah ibunya
Perkampungan Felda Lembah Klau, Fuad
dan Pak Said bertemu dengan Pak Ngah Lias, dalam usaha Fuad mencari ibunya,
Mariana.
Mariana dan Pak Seman tinggal sebelum mengikut kakak
angkatnya berpindah Bentong.
Kampung Sedili, terletak di Kuala lipis,
Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias menjejaki kubur ibu Fuad, Mereka bertemu
dengan Pak Shamsuddin yang akhirnya memberitahu bahawa ibu Fuad belum meninggal
dunia.
Rumah
Cikgu Zamani, Fuad datang ke rumah Cikgu Zamani kerana sangkaannya
ada jemputan doa selamat Cikgu Zamani memujuk Fuad agar mengikuti jemaah yang
dianggotainya.
Fuad mempertikaikan tentang
jemaah agama yang banyak sedangkan agama islam itu hanya satu
Fuad berasa ada pertentangan
pendapat tentang cara menarik masyarakat menghayati Islam. Fuad tidak bersetuju
dengan sikap prejudis Cikgu Zamani sesama orang Islam iaitu Farhana
Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Tempat
ibu Farhana, Mariana Osman dirawat. Di sinilah Fuad bertemu dengan ibunya
semula. Robert Lim juga datang ke hospital ini dan bertemu dengan Fuad, Farhana
serta Mariana.
Lapangan Terbang KLIA, Keluarga Fuad (
Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah
mengerjakan umrah. Robert Lim turut hadir untuk
mengucapkan selamat jalan dan
memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka
LATAR TEMPAT KABUS DI PERBUKITAN
JAWAPAN (PILIH 3 @ 4 LATAR TEMPAT)
Di Perpustakaan, Universiti Pertanian
Malaysia, Azrul dan Rahayu belajar dan mencari maklumat.
Rahayu tiba-tiba pengsan di
sini.
Bukit Fraser, Tempat Faridah dan
rakannya Mastura serta anak-anak muridnya mengadakan perkhemahan. Faridah
meninggalkan tempat ini untuk pergi ke Raub.
Van yang dipandu oleh Faridah
terbabas dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Fraser menuju ke Pekan
Raub.
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
Tempat Rahayu dirawat kerana menghidap kanser di leher.
Tempat Faridah dibawa untuk
rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung
Tempat Rahayu dan Faridah
bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi (bawah sedar) dan Tempat Rahayu
meninggal dunia di samping Faridah yang koma
Di
Bukit Kutu, Tempat Faridah
hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal.
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung bermalan di Bukit Kutu untuk mencari Faridah.
Di Perkampungan Orang Asli Temuan, Mejar
(B) Kamarudin dan Buyung tiba di perkampungan ini untuk mencari Faridah dan
Iqbal. Mereka menemui Faridah dalam keadaan tidak sedar di rumah Tok Batin
Senik
Sungai Besar, Selangor, Tempat
kelahiran Rahayu dan Faridah tetapi Faridah dibesarkan oleh ibunya, Salmah
setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin
Rahayu dibawa pulang oleh
Mejar (B) Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin
serius.
Jenazah Rahayu / Salmah dan
Ghazali disemadikan di Sungai Besar
Rosewood, Christchurch, Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun dan
membina hidup barunya dengan berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh
Johnsons)
Di sini juga Melina membawa
Benny untuk berkenalan dengan Faridah dan Soleh. Pusat penternakan kambing biri-biri
diri.
4b. Bincangkan peristiwa yang
berlaku pada permulaan dalam
novel yang anda kaji
ATAU
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada
permulaan novel yang anda kaji (8 markah )
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Berdasarkan kedua-dua buah novel yang anda
kaji, jelaskan satu peristiwa yang berlaku pada permulaan cerita dalam
novel-novel tersebut (8 markah)
Jawapan
NOVEL MELUNAS RINDU
a) Peristiwa yang berlaku pada permulaan
novel:
Peristiwa
Fuad pulang lewat daripada mencari kayu api di hutan. Fuad disapa oleh Mak
Salmah ketika masuk ke rumah melalui pintu dapur. Fuad menjelaskan dia terleka
dan terlupa bawa jam.
Peristiwa
Fuad melaungkan azan Isyak di surau apabila masuk waktu . Fuad diminta oleh Pak
Imam untuk melaungkan azan Isyak.
Selepas menunaikan solat sunat, dia terus melaungkan Iqamah dan mereka
bersama-sama menunaikan solat Isyak secara berjemaah.
Peristiwa
Fuad ke rumah Borhan, rakannya apabila mendapat tahu anak Borhan demam. Fuad
mengajak Borhan menghantar anaknya ke klinik walaupun sudah pukul sebelas
malam.
Peristiwa
Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan
dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah.Fuad yakin bahawa
ayahnya yang memasukkan wang tersebut.
NOVEL KABUS Di PERBUKITAN
a) Peristiwa yang berlaku pada permulaan
novel:
Peristiwa
Rahayu tiba-tiba pengsan di perpustakaan. dan dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan
kemudiannya dimasukkan keHospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM) . Rahayu
disahkan menghidap penyakit Kanser.
Peristiwa
Faridah, kembar Rahayu ditimpa kemalangan bersama-sama kanak-kanak istimewa
Iqbal semasa dalam perjalanannya ke Pekan Raub. Sapaan Iqbal dari tempat duduk
belakang mengejutkan Rahayu yang sedang memandu van lalu hilang kawalan. Van
melanggar tembok penghadang jalan dan terus menjunaJawapan
4b. Bincangkan peristiwa yang
berlaku pada penamat dalam
novel yang anda kaji
ATAU
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Huraikan satu peristiwa yang berlaku pada
penamat novel yang anda kaji (8 markah )
Terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku dalam sesebuah novel. Berdasarkan kedua-dua buah novel yang anda
kaji, jelaskan satu peristiwa yang berlaku pada penamat cerita dalam novel-novel tersebut (8 markah)
NOVEL MELUAS RINDU
Peristiwa yang berlaku pada penamat novel
Peristiwa
Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar Fuad,
ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mal Salmah mengerjakan umrah ke tanah suci. Mariana
berpesan kepada Farhana supaya menjaga adiknya baik-baik.
Peristiwa di
lapangan terbang. kedatangan Robert Lim di lapangan terbang. mengejutkan Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak
Salmah. Robert Lim berpesan kepada Fuad supaya menjaga ibunya baik-baik di sana
sebelum mereka berangkat ke tanah suci.
Dia mungkin akan menyusul kemudian
NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
Peristiwa yang berlaku pada
penamat novel:
Peristiwa
Datuk Azrul dan Soleh Johnsons menjalankan perniagaan kotej di Cameron
Highlands.
Peristiwa
Anne dan Zain mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons di New Zealand. Zain siswazah pertanian,
mampu menguasai selok-belok perniagaan dan pertanian.
Peristiwa di
Cameron Highland. Faridah dan Datin
Aishah sering menghantar juadah masakan atau
mempelawa mereka makan bersama-sama.
Kadang kala mereka masak
bersama-sama hidangan kegemaran, pecal dan sambal gulai tahun.
Berdasarkan sebuah novel yang
anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.
PERISTIWA MENARIK NOVEL MELUNAS RINDU (PILIH 3 @ 4 PERISTIWA SAHAJA)
Peristiwa
Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran
Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak
Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya,
Mariana sendiri bukan dengan kuburnya. Peristiwa
ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui
cerita yang seterusnya.
Peristiwa
Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama
Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri
terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias. Peristiwa ini
memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti sebenar
Fuad.
Peristiwa
Fuad membantu ibu saudaranya, Swee Lan menyuapkan bubur nasi kepada bapa
saudaranya, Peter Lim yang semakin uzur.
Fuad juga membantu ibu saudaranya itu mengelap muntah bapa saudaranya,
dan membawanya ke klinik. Peristiwa ini
memaparkan keperibadian Fuad yang bukan hanya kacak dari segi luaran malah mempunyai perwatakan
dalaman yang berbudi pekerti mulia.
Peristiwa
Fuad menyambut hari lahir Farhana.
Bermula dengan pemberian kad ucapan, kemudian Fuad mengajak Farhana
keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar, Terengganu. Fuad juga mengucapkan ’Selamat Ulang Tahun
ke-24’ kepada Farhana. Peristiwa ini
memberikan gambaran Fuad dan Farhana sudah mula bercinta. Farhana senang dengan layanan mesra yang
ditunjukkan oleh Fuad.
Peristiwa
Fuad menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya. Mariana
dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah
(asma). Semasa berada di hospital
tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang
dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) adalah
ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya adalah
adik kandungnya sendiri. Peristiwa ini
membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada Fuad dan
Farhana yang baru mula ingin bercinta.
Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.
Pertemuan
Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA). Fuad ingin membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana
(ibu kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya)
menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan bahawa dia akan menyusul mereka kemudian
dan dia dan Fuad saling berpelukan. Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan
bapanya dan hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.
Peristiwa
Fuad mengajar murid-murid secara individu di dalam kelas lanjutan untuk
membantu murid-murid di SM Seri Setia menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Peristiwa tersebut membuktikan kesungguhan
dan keikhlasan Fuad melaksanakan tugas sebagai pendidik.
PERISTIWA MENARIK NOVEL KABUS DI PERBUKITAN karya Mohamad Kholid bin Hamzah (PILIH 3 @ 4
PERISTIWA)
Peristiwa
yang berlaku ketika Faridah berada dalam keadaan bawah sedar. Faridah berada pada zaman lampau. Faridah berada di suatu tempat asing, iaitu
di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Kubu. Faridah pergi ke pekan tersebut ditemani
oleh Amah Siti. Faridah melihat cara
penduduk pada zaman itu begitu asing baginya.
Faridah merasakan dia berada pada
zaman penjajahan Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Peristiwa
Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan
yang hampir roboh ditolak arus. Selepas
diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu
setelah bertahun-tahun tidak bertemu.
Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia. Menggambarkan keistimewaan hubungan kembar
antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka
terpisah jauh.
Peristiwa
Faridah bertemu dengan Zain di banglonya di Rosewood, Christchurch, New
Zealand. Pertemuan itu menguatkan lagi
keinginan Faridah untuk pulang ke tanah air kerana Zain juga berasal dari
Sungai Besar, Selangor.
Peristiwa
Melina bertemu semula dengan suaminya, Benny di Dubai. Benny terpaksa melarikan diri dan
meninggalkan Melina seorang diri di Marang, Terengganu. Benny meminta maaf dan akhirnya mereka
mengambil keputusan untuk terus menetap di Dubai. Pertemuan itu merungkai masalah yang dihadapi
oleh Melina dan akhirnya mereka hidup bahagia.
Peristiwa
Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh
ayahnya, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung
dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan
Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas kemalangan jalan raya di Bukit
Fraser.
Pertemuan
Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit
Satu, Sungai Besar. Peristiwa ini mencerminkan
kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul terhadap kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu
telah pergi buat selama-lamanya. Malah
Azrul tidak mahu berhijrah ke tempat lain semata-mata ingin dekat dengan
Rahayu. Kata-kata perangsang Rahayu agar
dia bekerja sendiri tanpa makan gaji juga terus membakar semangatnya untuk
bekerja sendiri iaitu menternak kambing di kampungnya.
Peristiwa operasi
mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak
seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat
Daerah Raub serta Hulu Selangor. Situasi
ini menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari dan
menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser.
Berdasarkansebuah novel yang andapelajari, jelaskan dua
peristiwa yang dapat dikaitkan dengan nilai-nilai kemanusiaan [7 markah]
NOVEL MELUNAS RINDU
Novel
yang saya kaji ialahNovel MelunasRindu.
Peristiwa pertama yang dapat
dikaitkan dengan nilai kemanusiaan ialah peristiwa Fuad membelikan sebidang
tanah dan motosikal untuk bapa angkat
bercucuk tanam dan memudahkan pergerakannya. Peristiwa ini dapat dikaitkan dengan nilai
kasih sayang Fuad terhadap bapa angkatnya.
Peristiwa kedua ialah
peristiwa Farhana berani menegur keculasan Cikgu Zamani walaupun Cikgu Zamani
lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya.
Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai
keberanian yang ada pada Farhana dalam menegur perbuatan rakan
sekerjanya.
Peristiwa ketiga ialah
peristiwa Fuad yang bersedia memikul tanggungjawabnya sebagaiabang kepada
Farhana dan adik-adiknya setelah mengetahui ibu Farhana ialah ibu
kandungnya. Nilai kemanusiaan yang
terdapat dalam peristiwa ini ialah nilai tanggungjawab abang terhadap
adik-adiknya yang berlainan bapa.
Peristiwa yang seterusnya
ialah peristiwa Farhana dan Fuad yang sering bekerjasama untuk meningkatkan
pencapaian anak didik mereka dalam bahasa Inggeris. Peristiwa ini jelas menunjukkan
nilai kerjasama yang wujud dalam warga pendidik untuk meningkatkan prestasi
anak-anak didik mereka.
NOVEL KABUS DI PERBUKITAN
Novel
yang saya kaji alahNovel Kabus Di Perbukitan.
Peristiwa pertama yang dapat
dikaitkan dengan nilai kemanusiaan ialah peristiwa Salmah yang amat menyayangi
anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangakan Rahayu yang sudah meninggal
dunia akibat kanser. Peristiwa ini dapat
dikaitkan dengan nilai kasih sayang ibu iaitu Salmah terhadap anaknya, Rahayu.
Peristiwa kedua ialah
peristiwa Farhana gigih menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa
pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnson. Peristiwa ini jelas menunjukkan nilai
kegigihan yang ada pada Faridah dalam menjalani kehidupan di rantau orang.
Peristiwa ketiga ialah
peristiwa Melina berani memandu seorang
diri dari Marang, Kuala Trengganu ke Cameron Highlands untuk bertemu ibunya,
Faridah. Nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam peristiwaini ialah nilai keberanian.
Peristiwa yang seterusnya
ialah peristiwa Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi
bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM. Peristiwa ini jelas
menunjukkan nilai kebijaksanaan dalam membuat keputusan.
Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, jelaskan nilai
kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel [8 markah]
Novel yang saya kaji dalam
tingkatan empat ialah novel Melunas Rindu dan dalam tingkatan lima ialah novel
Kabus di Perbukitan.
Nilai kasih sayang yang
terdapat dalam novel Melunas Rindu ialah
kasih sayang seorang anak terhadap ibu dan bapa angkatnya. Contoh peristiwa
yang memaparkan nilai kasih sayang tersebut ialah Fuad yang menyayangi Pak
Ismail dan Mak Salmah. Fuad telah
membeli tanah daripada Awang Sojar dan ditukarmilik kepada Pak Ismail. Fuad
juga membawa ibu dan bapa angkatnya menunaikan umrah.Manakala nilai kasih
sayang dalam novel Kabus di Perbukitan pula
ialah kasih sayang antara ibu dengan anak. Sebagai contoh, Faridah yang
begitu menyayangi kedua-dua anaknya dengan sentiasa berusaha memenuhi
permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan dan
didikan agama untu kanak-anaknya, Anne dan Melina.
Nilai kasih sayang kedua dalam
novel Melunas Rindu ialah kasih sayang seorang anak terhadap ibu kandung. Buktinya, Farhana segera pulang ke Kuantan
setelah mengetahui ibunya dimasukkan ke hospital kerana sakit lelah dan sanggup
tidur di hospital untuk menjaga ibunya. Manakala dalam novel Kabus Di
Perbukitan, kasih sayang ibu terhadap anak tirinya Rahayu yang dianggap seperti
anak kandungnya sendiri. Buktinya, peristiwa Hamidah segera bersetuju dengan
saranan doctor supaya ujian biopsi dilakukan terhadap Rahayu yang mungkin
menghidap kanser untuk mengesahkannya dan supaya Rahayu cepat sembuh.
Berdasarkansebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua pengajaran
yang terdapat dalam novel tersebut?
[7 markah]
Novel Melunas Rindu
Novel yang saya kaji dalam tingkatan empat
ialah Novel Melunas Rindu.
Pengajaran
pertama ialah kita hendaklah patuh pada perintah Tuhan. Sebagai contoh Fuad ke surau untuk solat
berjemaah dan mengaji al-Quran dengan Pak Ismail.
Pengajaran
kedua ialah kita tidak boleh memutuskan hubungan kekeluargaan. Sebagai contoh, Fuad pergi ke rumah bapa
saudaranya yang berlainan agama, iaitu Peter Lim dan berjanji menanggung
belanja persekolahan anak-anaknya, iaitu Ah Soh dan Mei Lin.
Pengajaran
seterusnya ialah kita mesti menerima takdir yang telah ditentukan. Sebagai
contohnya, Fuad dan Farhana mula dapat menerima realiti bahawa mereka ialah
adik-beradik dalam tempoh yang agak singkat.
Novel Kabus Di Perbukitan
Novel yang sayakajidalamtingkatan lima
ialahNovel Kabus di Perbukitan.
Pengajaran
pertama ialah kita hendaklah menerima
ketentuan takdir dengan hati terbuka. Sebagai contoh, Azrul dapat menerima
takdir kematian Rahayu yang menghidap
penyakit kanser.
Pengajaran
kedua ialah kita hendaklah berhati-hati memilih kawan. Sebagai contoh, Benny berkawan dengan Mohamed Attar terpaksa
menyembunyikan diri kerana kawannya itu terlibat dalam aktiviti keganasan.
Pengajaran
seterusnya ialah sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi
ajaran dan tuntutan agama. Sebagai
contohnya, Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu
menderma kepada badan kebajikan.
Nilai kegigihan ialah nilai murni yang sering dipaparkan oleh penulis
novel dalam karya mereka.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan nilai kegigihan
daripada setiap novel itu.
[8 markah]
Novel yang saya kaji dalam tingkatan
empat ialah Novel Melunas Rindu dan dalam tingkatan lima ialah Novel Kabus di
Perbukitan.
Berdasarkan novel Melunas Rindu terdapat nilai
kegigihan seorang anak mencari ibunya. Nilai ini dapat dilihat menerusi watak
Fuad yang gigih mencari ibunya sehingga berjumpa, setelah mengetahui bahawa ibu
kandungnya masih lagi hidup. Berkat kegigihan Fuad, akhirnya dia bertemu semula
dengan ibunya yang dicarinya selama ini.Manakala berdasarkan novel Kabus di
Perbukitan terdapat nilai kegigihan melakukan sesuatu perkerjaan. Nilai ini
dapat dilihat menerusi watak Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan
kambing dan tapak semaiannya sehingga berjaya.
Nilai
kegigihan yang kedua dalam novel Melunas Rinduialah nilai kegigihan seorang
saudara baru dalam mendalami agama Islam.
Nilai ini dapat dilihat menerusi watak Fuad yang gigih mendalami agama
Islam dengan rajin solat berjemaah dan mengaji dengan Pak Ismail. Manakala dalam novel Kabus Di
Perbukitanialahnilai kegigihan seorang wanita meneruskan kehidupan di rantau
orang. Nilai ini terdapat pada watak
Faridah yang gigih menjalani kehidupan di New Zealand.
Bincangkan persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji?
Jika pilih...KABUS MELUNAS RINDU
Persoalan tentang
ketaatan kepada Tuhan. Fuad sebagai
saudara baru rajin mengerjakan solat dan belajar mengaji dengan Pak
Ismail. Fuad juga rajin menunaikan solat
di Surau.
Persoalan
tentang kasih sayang. Fuad sangat
menyayangi ibu kandungnya sehingga sanggup ke Lembah Klau untuk mencari pusara
ibunya yang disangka sudah meninggal dunia.
Fuad akhirnya mengetahui bhawa ibunya masih hidup.
Persoalan tentang tanggungjawab terhadap
kerja. Fuad yang bertugas sebagai
guru Bahasa Inggeris sementara di SMK Seri Setia sanggup mengadakan kelas
tambahan pada waktu petang untuk mengajar anak-anak murid yang agak lemah
Bahasa Inggeris.
Persoalan tentang keruntuhan institusi
kekeluargaan. Perpisahan Robert Lim
dan Mariana menyebabkan Fuad tidak mengetahui siapa ibu bapa kandungnya. Fuad menyangka bahawa ibu kandungnya sudah
meninggal dunia dan menyangka bahawa Peter Lim itu ayah kandungnya, sementara
Robert Lim, ayah saudaranya. Keadaan
tersebut berlaku kerana ibu bapa kandung Fuad terpisah sejak Fuad masih kecil.
Jika pilih...KABUS DI PERBUKITAN
Persoalan keretakan
rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak. Perpisahan Salmah dengan Kamarudin
menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu
lebih dari 20 tahun
Persoalan kasih
sayang antara ibu, ayah dan anak. Perasaan
sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama
lebih 20 tahun. Selain itum Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara
mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands
walaupun selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua dengan Faridah
setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah) dan Hamidah amat menyayangi Rahayu
walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia
7 tahun.
Persoalan
tentang pelestarian alam semula jadi. Soleh
Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan di Lojing, Cameron Highlands
tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang
lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.
Persoalan
tentang kepentingan agama dalam kehidupan.
Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di
Nez Zealand selama 25 tahun. Soleh
Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya Anne dan Melina
dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari
Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik.
Persoalan
tentang semangat kental untuk memajukan sektor pertanian. Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi
usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga mendapat
penghargaan (bergelar Datuk) kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di
Sungai Besar. Sementara Zain, anak Azrul meneruskan pengajian di bidang
pertanian di New Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya. Soleh Johnsons pula mengusahakan industri
ternak kambing secara Islam di New Zealand dan usaha ini diteruskan pleh zain
yang berkahwin dengan anaknya Anne.
Persoalan
tentang perkahwinan campur pelbagai bangsa.
Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New
Zealand, Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab dan Anne berkahwin dnegan
Zain berbangsa Melayu
Persoalan amalan
agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini sehingga mudah dipergunakan
oleh orang lain. Benny seorang lelaki
yang longgar pegangan agama walaupun seorang Muslim dia masih minum arak dan
sering berfoya-foya, akhirnya tanpa sedar telah diperalatkan oleh Mohd. Attar
seorang anggota militan Islam sehingga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan
Melina seorang diri di Marang.
HIDUP
MESTI BERMATLAMAT
SELAMAT
BERJUANG UNTUK SPM
JURAINIH UNSANG
SMK LOHAN RANAU SABAH