Saturday, 19 January 2013

ilhamku sajak_Selipar Jepun dan Adidas Kampung

SELIPAR JEPUN_ADIDAS KAMPUNG

Selipar Jepun
Adidas Kampung
Sinonim zaman dulu-dulu

Selipar Jepun
Murah_
_boleh dibeli di mana saja
Ringan_
_boleh dipakai ke mana saja
Putus
_boleh disambung pelbagai cara

Adidas Kampung
Kalis air
_boleh dipakai meredah sungai
_boleh dipakai pergi bersukan
_sangat berguna ketika hujan
Tahan lasak
_boleh dipakai pergi berkebun
_boleh dipakai pergi berburu
_terkopek sedikit boleh dijahit

Selipar Jepun_Adidas Kampung
Menyimpan seribu kenangan
Menabur seribu bakti
Mengingatkan kita tentang kehidupan
Walau . . .
_Bonia, Polo, Primavera, Jimmy Choo
dan “rakan-rakan” kini mendapat tempat
Selipar Jepun_Adidas Kampung
Punya kenangan terindah
Tak lupus di telan zaman.

hct: Ju_16012013Ranau

ilhamku sajak_AIR

AIR

Air 
harus berlari
melewati dasar benci
harus berjuang
melewati tebing marah.

Biar...
Air menari mencari hulu
sambil tersenyum
kerana...
sungai membawanya
menemui keberhasilan
di muara kebijaksanaan.

htc: JU_18012013Ranau

ilhamku Sajak_Dedikasi Buat Anak-anak Murid

Dedikasi Buat Anak-anak Murid
I.
Bila
memanjakan kemalasan
mendahulukan penundaan
mencanang 1001 alasan
Pasti
melambai kemunduran
mengundang ketidakyakinan
menjemput kegagalan.
II.
Perhatikan mereka
yang mendulang kesabaran
yang menganyam kerajinan
yang memahat keazaman
akan menuai kejayaan
akan menjunjung penghormatan
memanjat rasa syukur.
III.
bersabar setulus mungkin
belajar serajin mungkin
berusaha segiat mungkin
berdoa seikhlas mungkin
kerana
apa yang kau upayakan
penentu kebaikan hidupmu.

hct: JU_20012013Ranau