Saturday, 19 January 2013

ilhamku Sajak_Dedikasi Buat Anak-anak Murid

Dedikasi Buat Anak-anak Murid
I.
Bila
memanjakan kemalasan
mendahulukan penundaan
mencanang 1001 alasan
Pasti
melambai kemunduran
mengundang ketidakyakinan
menjemput kegagalan.
II.
Perhatikan mereka
yang mendulang kesabaran
yang menganyam kerajinan
yang memahat keazaman
akan menuai kejayaan
akan menjunjung penghormatan
memanjat rasa syukur.
III.
bersabar setulus mungkin
belajar serajin mungkin
berusaha segiat mungkin
berdoa seikhlas mungkin
kerana
apa yang kau upayakan
penentu kebaikan hidupmu.

hct: JU_20012013Ranau

No comments:

Post a Comment